Selasa, 07 Februari 2012

PENAWAR ROHANI UNTUK MENGATASI TEKANAN(STRESS)

1. Firman Allah yang bermaksud: 
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
[Surah Al-Baqarah(2):155]

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". [Surah Ar-Ra`d  13:028]

Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Salihin )
2.1  PERUBAHAN FIZIKAL SEMASA STRESS
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
a) Mudah marah
b) Mudah bosan
c) Tidak mampu menguruskan diri / kerja
d) Suka Mengalihkan kemarahan
e) Sentiasa berpandangan negatif
f)Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3  PERUBAHAN EMOSI
1) Terlalu cemburu
2) Penyedih dan sensitif
3) Terlalu gembira / riang
4) Ego dan mementingkan diri
5) Kemurungan
6) Kerisauan / kebimbangan

3. KESAN TEKANAN
3.1  POSITIF ( kalau stress dapat di kawal dan mengambil langkah2 untuk mengatasinya)
a)Sumber motivasi diri
b) Perubahan positif
c) Kecemerlangan diri
d) Kuat berusaha
e) Persaingan diri
f) Optimis
g) Keyakinan diri

3.2  NEGATIF (kalau stress tidak diatasi)
a) Prestasi menurun
b) Resah gelisah
c) Hilang kesabaran diri
d) Rasa bersalah
e) Rendah diri
f) Pesimis dan sensitif
g) Hilang pertimbangan diri

4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
   Perlu muhasabah diri / koreksi diri dan mengenali punca-punca tekanan,  adakah sebab?:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll

 Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
 -  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

5.  FAKTOR –FAKTOR STRESS
5.1  FAKTOR DALAMAN
a) Keinginan melakukan yang terbaik
b) Terlalu ideal
c) Tiada keyakinan diri
d) Putus asa / rendah diri
e) Kurang pengetahuan agama
f) Terlalu menjaga kepentingan orang lain
g) Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
h) Kaki kerja (workholic)
i) Gagal menguruskan masa

5.2  FAKTOR LUARAN
a) Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
b) Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
c) Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
d) Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
e) Perubahan kerja yang terlalu kerap
f) Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
g) Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
h) Tidak mendapat penghargaan

5.3 FAKTOR ISU SEMASA
a) Kegawatan ekonomi dunia
b) Malapetaka / musibah
c) Jatuh sakit
e) Perubahan politik
f) Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
g) Perubahan status / kedudukan
h) Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
i)  Perpisahan dan perceraian

6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
a) Ubah rutin hidup
b) Latih diri dengan situasi baru
c) Bertenang, sabar, kawal, abaikan
d) Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
e) Redha dan menerima situasi
f) Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
g) Rehat, bercuti atau pindah
h) Bersenam
i)  Sedar tahap keupayaan diri
j)  Seimbangkan aktiviti kehidupan
k) Membuat perancangan yang teratur
l)  Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
m) Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
n) Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
o) Dapatkan nasihat pakar

7.  PENAWAR ROHANI
@ Perbaiki SOLAT, lebihkan SOLAT sunnah seperti solat Hajat dan Taubah.

 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”.
(Surah Al-Baqarah (2):153)

@ DOA
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
@ ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.

@ BACA AL-QURAN
 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

@ TAMAN SYURGA.
 -  Keraplah ke masjid, ke majlis ilmu dan zikir. Juga hampirilah orang alim dan guru mursyid.

8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

9.  KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.


"Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan didalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya".

" اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِيْ نُوْرًا وَ فِي سَمْعِي نُوْرًا وَ فِي بَصَرِي نُوْرًا وَ عَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا وَ عَنْ شِماَلِي نُوْرًا وَ أَماَمِي نُوْرًا وَ خَلْفِي نُوْرًا وَ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا أَوْ قَالَ : وَ اجْعَلْنِي نُوْرًا
(HR. Muslim & Abu Dawud)

TIPS UTK HILANGKAN STRESS...
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup.
Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. 4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. InsyaAllah
Zikir Pada Hati ibarat Air Pada Ikan. " Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah.." [ Ar-Ra'ad : 28] "Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang" [Al-Ahzab:41-42] Orang-orang yang mengingati Allah sambil duduk atau berdiri atau dalam keadaan berbaring (semua keadaan) dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. [Surah Al-Imran:191] Begitulah Rasulullah (saw) pun sentiasa ingat Allah seperti didalam sabdanya "Kedua mataku menidurkan aku tetapi hati ku tidak tidur" "Sebutlah nama Tuhanmu Allah dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketekunan". [Surah Muzzammil: 8] Ibni Athoillah As-Kanddari: Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. Pandangan Ahli-ahli Sufi : menegaskan bahawa sebahagian daripada ketentuan atau ketetapan Zikir itu ialah ianya dilakukan dengan tidak mengira waktu, masa dan tempat. Dengan kata lain amalan zikir di sisi mereka ialah satu amalan yang tetap dilakukan dalam apa jua situasi atau keadaan, di mana jua tempat malah pada setiap nafas yang dihembus dan disedut menjadi tuntutan pada mereka untuk tidak melupai zikir. Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimah ‘La Ilaha Illallah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT. Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kamu.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyak-banyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan) Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’(Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi) Diantara natijah amalan zikir: 1)Berzikir memberi potensi untuk taat. 2)Gedung-gedung di syurga terus dibangun selama seseorang itu masih berzikir. 3)Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya. 4)Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik. 5)Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga 6)Berzikir di jalan, di rumah, di waktu bepergian mahu pun di waktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat. 7)Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat. 8)Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hamba. 9)Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah. 10)Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah. 11)Berzikir menyembuhkan hati yang sakit. Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar